500 tuntut saham Maika Holdings

KUALA LUMPUR 30 Julai - Belum pun berjaya menyelesaikan isu penduduk Kampung Buah Pala di Pulau Pinang, Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P. Ramasamy mengetuai pula kira-kira 500 masyarakat India dalam satu perhimpunan di hadapan ibu pejabat MIC di sini, hari ini.
Perhimpunan itu dikatakan bertujuan menyerahkan memorandum berkaitan tuntutan saham terhadap anak syarikat MIC iaitu Maika Holdings Berhad (Maika Holdings).
Bersama Ramasamy di barisan hadapan perhimpunan itu ialah ahli Parlimen DAP bagi kawasan Kapar, S. Manikavasagam.
Alasan penyerahan memorandum itu adalah kerana mereka tidak berpuas hati dengan prestasi syarikat itu ketika ini.
Mereka juga menuntut supaya pelaburan pemegang saham dalam syarikat itu dikembalikan.
Bagaimanapun memorandum itu gagal diserahkan kepada Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu, sebaliknya ia diterima oleh Pengarah Urusan Maika Holdings, S. Vell Paari yang juga membawa penyokongnya kira-kira 500 orang.
Pada sidang akhbar selepas itu, Vell Paari yang juga anak kepada Samy Vellu berkata, pihaknya sedia membayar balik pelaburan pemegang saham tetapi injunksi oleh Koperasi Nesa Serbaguna Berhad (Nesa) menghalangnya untuk berbuat demikian. - + selanjutnya
![]()
1 comments:
Berita on line habaq 100 saja. Itu pun 70 orang adalah PR. Apa laa, Pasai apa nak sorok fakta?? La ni bukan zaman 70an dulu...
Post a Comment